INDIVIDU MEMBUANG SAMPAH HARAM DI TEMPAT KOMERSIAL DIKESAN

INDIVIDU MEMBUANG SAMPAH HARAM DI TEMPAT KOMERSIAL DIKESAN

MDHS mengesan beberapa individu yang didapati telah melakukan kesalahan membuang sampah secara haram di sekitar dataran Bukit Sentosa. Beberapa keping gambar dan rakaman video aktiviti tersebut berjaya dirakam oleh orang awam dan pihak majlis akan menjalankan siasatan sehingga pesalah berjaya ditangkap. 

Sifat tidak bertanggungjawab seperti inilah menyebabkan Hulu Selangor tidak dapat mengekalkan kebersihan di kawasan komersial, walaupun kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan sapuan jalan dilaksanakan setiap hari. 

Tindakan tidak bertanggungjawab membuang sampah daripada kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan seringkali menimbulkan kacauganggu bau dan pemandangan sehingga penduduk sekitar terpaksa membuat aduan kerana tidak selesa. 

Yang Dipertua MDHS, Dr. Mohd Azhar bin Mohamed Ali berkata, Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang membuang sampah ditempat yang tidak dibenarkan.

Menurut UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MDHS) 2007, tiada seorang pun dibenarkan membuang apa-apa sampah di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat yang tidak ditetapkan oleh Majlis sebagai tempat membuang sampah. 

Katanya, pesalah boleh didenda sekiranya disabitkan tidak melebihi RM2000 atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 1 tahun, atau kedua-duanya sekali. Dan kesalahan ini boleh dikompaun dengan jumlah tidak melebihi RM1000.

“Orang ramai dinasihat menjaga dan memelihara kebersihan selain bekerjasama menyalur maklumat supaya aktiviti pembuangan sampah haram dapat dibendung.” katanya lagi. 

Kepada sesiapa yang melihat perkara ini berlaku, sila laporkan ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MDHS di talian 03-60641050 atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 9:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Wednesday 15 November 2023, 06:47:59.
Total Visitors :
00572271