MDHS, Touch n’ Go jalin kerjasama galak peniaga guna e-dompet

SUMBER: Selangorkini

SHAH ALAM, 9 APRIL: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menjalin kerjasama dengan Touch n’ Go Sdn Bhd dalam usaha menyokong urus niaga tanpa tunai.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) berkata pada majlis yang berlangsung pada Rabu, wakil Touch n’ Go dijemput memberikan taklimat secara dalam talian kepada peniaga.

“MDHS sebelum ini sebagai perintis masyarakat tanpa tunai sangat menggalakkan semua peniaga menggunakan e-dompet sebagai salah satu kaedah urus niaga,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, PBT itu melancarkan undian tapak bazar Ramadan secara atas talian menerusi Facebook rasminya.

Katanya, sesi cabutan undi dilakukan Ahli Majlis kawasan bagi mewakili peniaga dan senarai lengkap mereka yang berjaya dipaparkan di laman sesawang http://www.mdhs.gov.my.

Malah, Yang Dipertua Dr Mohd Azhar Mohamed Ali menyarankan peniaga lebih proaktif dan kreatif memasarkan perniagaan menerusi media sosial ataupun menggunakan khidmat penghantar makanan.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 9:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Wednesday 15 November 2023, 06:47:59.
Total Visitors :
00572111