1. |
26/01/2015 Mohd Daud B Che Salleh |
Saya Ingin Memberi Cadangan Mengemas Kini Semua Di Option Menu MDHS Kerana Saya Tidak Dapat Melihat Sebahagian Butang Pilihan. |
Terima kasih tuan atas makluman tersebut. Pihak kami amat menghargai dengan cadangan yang bernas dari pihak tuan. Kami akan mengadakan perbincangan bersama jawatankuasa laman web berkenaan perkara tersebut. |
2. |
06/02/2015 Y. Sukumaran, Setiausaha PPJT |
Tuan Ydp Baru Mdhs Mohd Zain Bin A. Hamid, Bagi Pihak Persatuan Penduduk Jalan Teluki Bukit Sentosa, Saya Ingin Merakamkan Ribuan Terima Kasih Atas Operasi Mengutip Sampah Kebun Dijalankan Oleh Pasukan Tuan Pada 5/2/2015 Dan 6/1/2015 Dengan Sempurna. Selepas Menerima Aduan Telepon Pada 4/2/2015 Tuan Ydp Dengan Sendirinya Telah Menyelesaikan Masalah Ini Dalam Tempoh Satu Hari Dengan Pantasnya. Untuk Makluman Tuan Sampah Kebun Tersebut Dibiarkan Selama 3 Bulan Tanpa Dikutip. Sekali Lagi Diucapkan Taniah Kepada Tuan Ydp, Tuan Hj. Asri Serta Pasukan Mdhs. Syabas. Akan Berkerjasa Dengan Pihak Tuan Untuk Meningkatkan Pretasi Hulu Selangor. |
Encik Y. Sukumaran, Pihak Mdhs Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Atas Maklumbalas Tersebut. Pihak Kami Akan Sentiasa Memastikan Agar Daerah Hulu Selangor Sentiasa Bersih, Harmoni Dan Selamat Untuk Didiami. |
3. |
13/04/2015 Chin Fei Gee |
Bagaimana saya dapatkan borang untuk tukar name pemilik dan alamat cukai taksiran apartment saya.Segala kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan kami mengucapkan ribuat terima kasih Mohd Sabirin Persatuan Penduduk Desaria |
Encik Chin Gee boleh melayari portal MDHS (www.MDHS.gov.my), Pengurusan Majlis, klik Muat Turun Borang MDHS, klik Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, klik Borang Penilaian, klik borang I.pdf, klik download, cetak borang. Borang boleh diisi dan sila lengkapkan mengikut syarat yang ditetapkan dalam borang tersebut. Sila hubungi Cik Lim Yap Lee di talian: 03-6064 1331 ext. 138 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Sekian terima kasih. |
4. |
14/04/2015 Shamsul Aznan B Mohd Isa |
Ucapan Penghargaan Dan Tahniah Di Atas Respon Dan Tindakan Mdhs Terhadap Aduan Yang Diberikan. Kepada Unit Tangkapan Anjing,En Khairul And Crew Diucapkan Terima Kasih Atas Tindakan Segera. Harap Maklum. |
Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Shamsul Aznan di atas ucapan penghargaan tersebut. |
5. |
15-04-2015 Zulkifli Bin Yusof |
Dalam Online Majlis Daerah Rumah Saya Masih Atas Nama Pemilik Lama..Adakah Pihak Majlis Masih Dalam Proses Tukar Nama Atau Sebaliknya.Mohon Pencerahan Alamat Rumah: No 39 Jalan Kekwa 2 Taman Serendah Makmur 48200 Serendah Selangor |
Assalamualaikum En. Zulkifli, Encik perlu memaklumkan perkara tersebut di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian: 03-6064 1331 ext 138 / 144. |
6. |
07/05/2015 Haiyuszlee bin Mohd Yunus |
Saya ingin tahu bilakah borang baazar aidilfitri akan dibuka? Sekian, Terima kasih. |
En. Haiyuszlee, Jabatan Pelesenan masih belum mengeluarkan iklan Bazar Aidilfitri. Walaubagaimanapun, Encik boleh menghubungi jabatan tersebut di talian 03-6064 1331 samb. 131 / 132 dengan memberikan nama penuh dan nombor telefon semasa membuat panggilan tersebut. Terima kasih |
7. |
12/05/2015 Nor Mariah Binti Mohammad |
Saya ingin mendapatkan kepastian,adakah jawatan Kosong di MDHS ada dibuka pada Mei 2015 ni.Terdapat kekeliruan samada 23 MEI 2015 atau 23 MEI 2014? |
Puan Nor Mariah, Majlis Daerah Hulu Selangor tidak pernah mengeluarkan iklan jawatan kosong di portal MDHS mahupun di Laman Web Job Info pada masa ini. Sila layari laman web MDHS di: http://www.mdhs.gov.my/home untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong (sekiranya ada diiklankan nanti). Terima kasih puan. |
8. |
07/07/2015 Yew Teck Sin |
Saya, Yew dari tmn seruling KKB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team unit tangkapan anjing yang di-ketuai En. Khairul (ET) yang telah memberi perkhimatan pantas kepada aduan saya hari ini (7/7/2015). Terima kasih kepada Team En.Khairul dan juga MDHS. |
Encik Yew, Pihak MDHS menghargai ucapan terima kasih tersebut. Pihak kami akan lebih berusaha untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Terima kasih. |
9. |
09/07/2015 Noor Azni Binti Abdul Aziz |
Terima Kasih Di Atas Penambahbaikan Di Pasar Awam Bdr Sg Buaya Terutama Tempat Letak Kereta. Walau Bagaimanapun, Tong Sampah Besar Sudah Dialihkan. Harap Pihak Tuan Dapat Memaklumkan Tempat Di Mana Tong2 Sampah Besar Ini Diletakkan. Sekian, Terima Kasih |
Puan Noor Azni, Terima Kasih Atas Makluman Tersebut. Pihak Mdhs Akan Lebih Berusaha Lagi Bagi Memastikan Pelanggan Berpuas Hati Di Tahap Yang Maksimum Dengan Perkhidmatan Kami. Berkaitan Tong Sampah Besar Dialihkan, Saya Akan Panjangkan Perkara Ini Ke Jabatan Berkaitan. Terima Kasih. |
10. |
07/10/2015 SYAMSINAR BT WAHED |
Assalamualaikum, Tuan/Puan. Cadangan untuk mewujudkan outdoor gym & taman permainan di telaga tujuh serendah. Ini dapat menggalakkan penduduk serendah lebih gemar beriadah bersama-sama keluarga. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan cadangan ini. Sekiranya cadangan ditolak, berharap pihak tuan/puan dapat mengemukakan alasan agar kami dapat memahami situasi sebenar. Terima Kasih. |
Terima Kasih Puan Atas Makluman Tersebut. Pihak Btm Akan Panjangkan Perkara Ini Ke Jabatan Berkenaan Untuk Tindakan Selanjutnya. Untuk Respon Lebih Segera Sila Hubungi Talian Hotline Aduan 03-6064 1655. |