Majlis Perbandaran Hulu Selangor Menerima Kunjungan Kerja Dari Majlis Perbandaran Kajang

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerima kunjungan lawatan kerja dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman MPHS dalam menggerakkan promosi pelancongan yang berada dalam kawasan pentadbiran Hulu Selangor.
 
Selain itu, MPKj juga turut ingin mengetahui Garis Panduan Pembangunan Premis Pelancongan Inap Dusun serta pelaksanaan inisiatif ” Cashless Society” yang dilaksanakan oleh MPHS.
 
Delegasi MPKj diketuai oleh Tuan Hj. Najmuddin bin Jemain, Yang Dipertua MPKj bersama 30 kakitangan MPKj yang terdiri daripada pengarah jabatan serta kakitangan MPKj. Turut hadir bersama Mohd Raiz bin Raduan, Timbalan Yang Dipertua MPKj.
 
Di dalam program yang sama, delegasi MPKj turut di bawa ke Sri Damai Resort, Kalumpang bagi meninjau salah satu contoh inap dusun yang menggunakan kaedah pelaksanaan dan pemakaian garis panduan P3S di Hulu Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 9:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 15 November 2023, 06:47:59.
Jumlah Pelawat :
00566371