MDHS ANTARA EMPAT PBT SELANGOR PENGGUNA TERAWAL INISIATIF INFRASTRUKTUR DIGITAL SMART SELANGOR
ÂÂ
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) hari ini telah menerima penghargaan sebagai pengguna terawal (early adopters) bersempena Majlis Pelancaran Inisiatif Infrastruktur Digital Smart Selangor yang telah dianjurkan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) .
Majlis penghargaan tersebut telah diadakan secara langsung di Dewan Serbaguna Menara BSN, CUN Shah Alam ,Selangor pada 16 April 2021 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Majlis Daerah Hulu Selangor diwakili oleh Yang Dipertua, Tuan Dr. Mohd Azhar bin Mohamed Ali bagi menerima penghargaan tersebut.
Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menggerakkan tranformasi digital untuk sektor awam di Selangor dan MDHS merupakan antara PBT yang komited mengupayakan aplikasi secara atas talian.ÂÂ
Untuk rekod, MDHS telah mula menggunapakai rangkaian internet Selangor Gigabit Network (SeGNet) bermula pada peghujung tahun 2020 . Rangkaian SeGNet banyak membantu pihak majlis di dalam mesyuarat secara virtual / maya di mana ia lebih mudah, tidak secara bersemuka, menjimatkan kos dan mengupayakan aplikasi –aplikasi atas talian dengan lebih efektif dan efisyen oleh kakitangan MDHS. Perkara ini juga sejajar dengan Agenda Smart Selangor di bawah domain Infrastruktur Digital Pintar.
SSDU merupakan pelaksana induk yang telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan Program Smart Selangor. SSDU melancarkan tiga inisiatif Smart Selangor yang telah siap pada tahun 2020 iaitu:
i) Rangkaian Internet Selangor Gigabit Network (SeGNet)
ii) Pusat Data Hibrid Smart Selangor (SSDC)
iii) Pengkomputeran Awan AWS (Amazon Web Services)
Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di atas penghargaan ini. Harapan MDHS semoga Kerajaan Negeri Selangor dapat menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan berdasarkan internet untuk manfaat PBT dan penduduk secara percuma.