Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) harini telah berjaya dianugerahkan 3 bintang bagi Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan penjimatan tahunan sebanyak RM 129, 874.50 pada 29 Disember 2020 dan berkuatkuasa selama 1 tahun.
Meskipun dengan kekangan wabak Covid-19 tidak menghalang MDHS untuk terus komited dalam amalan 5s Dengan mewujudkan persekitaran kerja kondusif, selamat, ceria dan kemas bagi melahirkan budaya kerja berkualiti berteraskan muafakat untuk pemantapan organisasi.
Tuan Dr. Mohd Azhar bin Mohamed Ali, Yang Dipertua MDHS berkata, “amalan 5S ini akan diteruskan dan penambahbaikan sentiasa dilakukan bagi memastikan kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Pelaksanaan Amalan 5S di MDHS bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, penjimatan kos dan memudahkan proses kerja tetapi juga memberi nilai tambah kepada imej MDHS secara keseluruhanâ€Â.
Terdahulu, MDHS turut dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti tanpa sebarang ketaakuran( NCR) oleh Sirim Qas International Sdn. Bhd.
Yang Dipertua MDHS melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada semua warga MDHS diatas kerjasama yang diberikan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan ini.