PERHIMPUNAN PAGI -SESI BICARA SUK BERSAMA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
Tarikh: 1 Mac 2021 (Isnin)
Masa: 8.45 Pagi
Tempat: Dewan Mesyuarat Utama, MDHS
Disampaikan oleh : YB Dato’ Nor Azmi Bin Diron, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Antara 3 amanat penting yang disampaikan khusus kepada penjawat awam adalah :
 1. M : MERIT
- Penjawat awam perlu bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan dalam keadaan negara menghadapi wabak COVID – 19.
- Bersyukurdengan cara membuktikan bahawa kita selayaknya (merit) memegang jawatan yang di sandang.
- Berdaya upaya menggalas tugas seperti mana yang diberikan amanah dan tanggungjawab.
 2. P : PRAGMATIK
- Bekerja berdasarkan rangka undang-undang dan peraturan.
- Lakukan tindakan segera terhadap keputusan-keputusan yang telah diambil dan tidak menangguh kerja sehingga mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan.ÂÂ
- Gunakan kreativiti dalam menyelesaikan masalah, jika tidak selesai bawa ke Mesyuarat MTES.
- Konsep penjawat awam seperti 5 jari – bekerjasama, mesti memainkan peranan, jika tidak akan berlaku kecacatan tidak kira ketua jabatan, pegawai atau kumpulan sokongan.
3. H : HONESTY@ KEJUJURAN
- Tingkatkan kreadibiliti penjawat awam untuk mendapatkan kepercayaan orang awam terhadap kerajaan.ÂÂ
- Tanpa KEJUJURAN perkhidmatan awam tidak dapat diangkat ke satu tahap yang tinggi.
- Semua penjawat awam wajib pertahankan kejujuran kerana ia sangat penting. Ianya bukan sekadar dengan kata-kata tetapi mesti dihayati dan dilaksanakan kepada semua.
#MeritPragmatisHonesty
#UcapanDatoSUK
#lindungdirilindungsemua