Jom Sertai Pertandingan Penjimatan Elektrik dan Air.ÂÂ
Program Perintis di Bawah Inisiatif ‘Komuniti Hijau’ (GCom) Majlis Daerah Hulu Selangor.
- Penyertaan adalah PERCUMA sahaja dan TERBUKA kepada penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sahaja.
- Penyertaan adalah untuk kategori kediaman iaitu Rumah Sesebuah (Banglo), Rumah Teres, Rumah Berkembar (Semi-D) dan Rumah Berbilang Tingkat (Pangsapuri, Flat) sahaja.
- Kediaman mestilah mempunyai Bil Elektrik (TNB) dan Bil Air (Air Selangor) akaun individu sahaja manakala bagi akaun secara pukal adalah tidak layak.
- Kediaman mestilah didiami dalam tempoh melebihi 6 bulan.
- Pertandingan adalah berpandukan kepada Bil Penggunaan Elektrik dan Air bermula Februari 2021 sehingga Julai 2021.
Borang Penyertaan boleh dimuat turun di sini.ÂÂ
Poster Pertandingan boleh dimuat turun di sini.
Tarikh tutup penyertaan Peringkat Pertama bagi pengemukaan borang penyertaan adalah pada 26 Mac 2021 (Jumaat) sebelum atau pada jam 12.00 tengahari.
ÂÂ
Maklumat Lanjut & Pertanyaan :
Urusetia Pertandingan Penjimatan Tenaga Elektrik & Air,
Jabatan Perancang Bandar,
Majlis Daerah Hulu Selangor,
Jalan Bukit Kerajaan,
44300 KUALA KUBU BHARU.
No. Tel : 03–6064 1331 samb 123 / 156 (En. Nurazhar / En. Nizwan)
Web : www.mdhs.gov.my
Emel :ÂÂ