Operasi sektor pengilangan dan pembuatan termasuklah semua peraturan membabitkan premis operasi bagi tujuan pengawalan COVID-19

Pentadbiran ini telah merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri yang secara prinsipnya menyatakan bahawa pada masa ini:

hal perkara mengenai operasi sektor pengilangan dan pembuatan termasuklah semua peraturan membabitkan premis operasi bagi tujuan pengawalan COVID-19 adalah tertakluk kepada Akta 342 dan apa-apa arahan serta Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) umum PKP/PKPB/PKPD yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Oleh yang demikian, bagi maksud Akta 342:

Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai bidang kuasa sama ada untuk membatalkan, menamatkan atau menarik lesen atau kebenaran secara sewenang-wenangya terhadap mana-mana kilang di negeri Selangor.

– YB Ng Sze Han, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 9:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 15 November 2023, 06:47:59.
Jumlah Pelawat :
00566371