Majlis Perbandaran Hulu Selangor sedang menjalankan Program Kucing Angkat pada setiap hari Khamis minggu Kedua dan Minggu Keempat setiap bulan, pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang di Bahagian Kesihatan Awam, MPHS ( https://maps.app.goo.gl/bZHLUYFUV4L1wma79 )
Orang Ramai boleh mendapatkan kucing angkat secara PERCUMA setiap ekor dan perlu membawa sangkar sendiri untuk proses pengambilan kucing. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi En Alauddin ( 0173941094 ) atau En Haziq ( 01119636854 )